Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morales senjata baharu Harimau Malaya hadapi Piala Asia

    KUALA LUMPUR, 19 DIS – Penyerang naturalisasi baharu Kuala Lumpur (KL) City FC, Romel Morales berpeluang menyarung jersi Malaysia buat kali pertama apabila dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

    Pemain berusia 26 tahun berasal dari Colombia itu yang dilaporkan bakal mendapat kerakyatan negara ini dalam tempoh terdekat, bakal bersaing dengan 25 pemain lain disenaraikan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi kem di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula 26 Disember ini.

    Morales yang mengumpul keseluruhan 15 gol dalam kempen Liga Malaysia 2023 antara empat pemain naturalisasi dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini, selain rakan sepasukannya di KL City, Paulo Josue dan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh.

    Berdasarkan senarai kali ini, Pan Gon mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain dalam skuad yang mencatat dua kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda