Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morata idam bersama Atletico

    MADRID, 30 Jan – Alvaro Morata berkata biarpun masa remajanya banyak dihabiskan bersama Real Madrid, sudah menjadi impiannya untuk beraksi bersama Atletico Madrid.

    Pemain antarabangsa Sepanyol itu, 26, menyertai Atletico dalam pinjaman selama 18 bulan daripada Chelsea pada Isnin lalu dan secara rasminya diperkenalkan kepada pihak media, semalam.

    Di samping beraksi untuk Chelsea, Morata turut beraksi selama dua musim bersama Juventus dan beberapa musim bersama Real Madrid, menghasilkan kemajuan di kelab-kelab yang disertainya selepas dua tahun mengikuti program belia Atletico.

    Biar pun begiut, apabila ditanya mengenai remajanya, Morata menegaskan hasratnya untuk sering memakai jersi berwarna merah dan putih Atletico.

    “Ia adalah impian yang menjadi kenyataan,” katanya dalam laman sesawang Atletico, dengan menambah ketika remaja, dia menyokong pasukan itu bukan Real Madrid.

    “Ketika saya remaja saya melihat kesemua legenda Atletico dan pemain lain La Liga. Ini adalah penting bagi saya dan ia terlalu bermakna kerana saya selalu ingin beraksi buat Atletico Madrid. Saya tahu Atletico: Apa maknanya, kelab ini, nama ini. Saya tahu segala-galanya mengenai kelab ini,” tegasnya.

    Atletico bekerja keras untuk menunjukkan warna merah dan putih Morata dengan gambar-gambarnya semasa remaja di kelab itu dan penyerang itu berkata dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya.

    “Saya rasa saya berada di tempat yang tepat untuk mengorak langkah seterusnya sepanjang hidup saya dan langkah penting dalam kerjaya saya,” jelasnya.

    Morata akan memakai jersi nombor 22 dan membuat kemunculan pada hujung minggu menentang Real Betis, seminggu sebelum Atletico berdepan Real Madrid di Stadium Wanda Metropolitano.- Xinhua

    Morata (tengah) bersama Presiden Kelab Atletico Madrid, Enrique Cerezo (kanan) dan pengarah sukan kelab, Andrea Berta pada sesi memperkenalkan pemain itu di Madrid, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda