LONDON, 21 Julai – Pemain berusia 24 tahun kini dijangka terbang ke Singapura untuk menyertai rakan sepasukan barunya menentang Arsenal dalam aksi persahabatan di Beijing.
Morata yang dijangka menyertai Blues dengan persetujuan bernilai hingga 70 juta pound (AS$91 juta) dan bayaran pendahuluan 58 juta pound, boleh membuat penampilan sulung ketika menentang Bayern Munich di Singapura Selasa depan.
Morata, yang menjaringkan 20 gol dalam 43 penampilan untuk Real musim lalu dalam perjalanan ke Liga Juara-Juara dan gelaran Sepanyol, dijangka menandatangani kontrak lima tahun di Stamford Bridge.
Pengurus Blues Antonio Conte berminat menandatangani Morata selepas memberitahu Diego Costa bahawa dia bebas mencari kelab baru.
Morata sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Man United, namun minat mereka berakhir selepas menandatangani Romelu Lukaku dari Everton dengan 75 juta pound.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu dijangka menjadi pemain utama keempat Chelsea dalam musim tertutup selepas Tiemoue Bakayoko, Antonio Rudiger dan Willy Caballero. – AFP