Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morata, Paulista kembali beraksi

    MADRID, 20 FEB – Penyerang Alvaro Morata dan pemain pertahanan Gabriel Paulista telah dimasukkan ke dalam skuad Atletico Madrid untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan selepas pulih daripada kecederaan.

    Mereka telah dinamakan kelmarin, sehari sebelum pertembungan di Itali pada perlawanan pertama pusingan 16.

    Morata telah mengalami kecederaan lutut yang menghalangnya daripada bermain pada Sabtu lalu dalam kemenangan 5-0 ke atas Las Palmas dalam liga Sepanyol. Paulista berhadapan dengan masalah perut dan juga tidak bermain dalam perlawanan di Stadium Metropolitano. Masih tidak tersedia untuk jurulatih Diego Simeone kerana kecederaan ialah pemain tengah, Thomas Lemar dan pemain pertahanan, Cesar Azpilicueta.

    Simeone dan jurulatih Inter, Simone Inzaghi adalah rakan sepasukan di Lazio ketika kelab Itali itu memenangi Piala Super UEFA 1999.

    “Ia akan menjadi satu kepuasan yang besar untuk melihat Diego Simeone lagi esok sebagai lawan,” kata Inzaghi kelmarin. “Beliau merupakan rakan sepasukan yang hebat dan saya sentiasa tahu dia akan menjadi jurulatih yang hebat. Kami sentiasa berhubung.” – AP

    Aksi Federico Valverde (kiri) bersaing dengan Morata semasa perlawanan antara Real Madrid dan Atletico de Madrid di Santiago Stadium Bernabeu di Madrid, Sepanyol pada 4 Februari 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda