Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Moreh bersama teman di rumah Shila’

    Pempengaruh media sosial, Ubai menafikan bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Shila Amzah susulan pertanyaan pengikut dalam sesi langsung di aplikasi TikTok.

    Ubai berkata, setiap kali muncul bersama Shila dalam sesi langsung, pasti diajukan soalan adakah bersekedudukan disebabkan sering berada di rumah penyanyi lagu Patah Seribu itu.

    “Boleh dikatakan setiap kali live kami sering diajukan tinggal serumah.

    “Sha tinggal bersendirian, cuma saya ada masanya mengajak teman-teman berbuka puasa atau moreh di rumahnya.

    “Dakwaan kami tinggal serumah tidak masuk akal. Lagipun, ibu kurang sihat, jadi fokus saya menjaga ibu.

    Ubai berkongsi dia sering mengajak teman-teman berbuka puasa di rumah kekasihnya, Shila. – Agensi

    “Jujurnya, kami sudah lali diajukan persoalan sama, tetapi kebanyakan daripada akaun palsu,” kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

    Tambah Ubai, dia kurang selesa apabila sering diajukan soalan sedemikian kerana sesuatu yang baru buatnya. Ia berbeza dengan Shila yang sudah tahu mengawal situasi.

    Ubai mengakui, hubungannya dengan ibu kepada cahaya mata lelaki itu semakin serius dan memohon doa baik-baik daripada pengikut.

    “InsyaAllah, hubungan saya dengan Sha serius. Doa sahaja yang baik-baik,” katanya.

    Mengulas desas desus bakal membawa hubungan ke fasa seterusnya pada Ogos depan, malah lebih menguatkan berita apabila Shila dilihat memuat naik video sedang mencari cincin bersama Ubai, namun jejaka itu mengelak menjawab soalan itu.

    Sementara itu, Shila menerusi perkongsian dalam Tik Tok mendedahkan dirinya menerima lamaran kekasih, Ubai.

    Dalam perkongsiannya, Shila dan Ubai dilihat di kedai barangan kemas untuk mengambil cincin lamaran yang dibeli Ubai.

    Today is the day when kita orang ambil cincin kita. No, cincin i je. Thank you sayang,” ujar Shila.

    Dipercayai, ia adalah cincin lamaran Ubai kepada Shiha sebagai pasangan hidup. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda