Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morelos mendapat kecaman perkauman

    GLASGOW, 31 DIS – Rangers berkata semasa perlawanan mereka bersama Celtic, penyerang mereka telah menerima kecaman perkauman oleh peminat Celtic minggu lalu.

    Morelos, 23, dibuang padang selepas mendapat kad kuning buat kali kedua semasa perlawanan antara Celtic dan Rangers dengan kemenangan berpihak kepada Rangers 2-1, dan pihaknya mendakwa semasa penyerang tersebut berjalan keluar padang terjadinya kecaman perkauman daripada peminat Celtic.

    “Kami percaya Alfredo telah disalahkan dan kami berharap agar pihak bertanggungjawab akan mengambil langkah untuk menangani hal ini,” kata jurucakap Rangers.

    Celtic membalas melalui satu kenyataan, “Kami menyedari gerakan yang dibuat oleh pemain terhadap penyokong Celtic.”

    “Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai isu kecaman perkauman namun kami akan menyiasat sepenuhnya jika perlu.”

    Sementara itu, Morelos sendiri membuat gerakan tindak balas dengan menggerakkan tangannya di kerongkong ketika dia melangkah keluar padang.

    Kad merah Morelos kali ini merupakan yang ketujuh dalam dua musim ini, dengan tiada jaringan gol semasa perlawanan OldFirm.

    Kemenangan pertama Rangers di laman pesaing, Glasgow mereka dalam sembilan tahun meninggalkan mereka dua mata dari pendahulu liga Celtic, yang sedang mencuba untuk memenangi Liga Perdana untuk kali kesembilan berturut-turut. – AFP

    Pemain Celtic Kristoffer Ajern (kiri) dan pemain Rangers Alfredo Morelos (kanan) berebut bola semasa perlawanan di antara Rangers dan Celtic di Stadium Celtic Park Glasgow, Scotland pada 29 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda