MONACO, 31 DIS – Robert Moreno diumumkan sebagai jurulatih baharu Monaco kelmarin, mengakui kepahitan bersama Pengurus Sepanyol Luis Enrique telah membantunya membuka jalan untuk menjadi ‘nombor satu’.
Moreno pernah menjadi pembantu jurulatih Sepanyol tetapi dinaikkan pangkat selepas Enrique meletak jawatan untuk menjaga anak perempuannya Xana, yang mati akibat kanser. “Saya mempunyai sembilan tahun yang luar biasa di sisinya,” kata Moreno kelmarin. “Tetapi pada masa ini, saya hadir sebagai jurulatih Monaco. Saya menjadi jurulatih sejak umur saya 14 tahun dan mendapat lesen daripada pihak EUFA pada masa umur saya 25 tahun.”
“Saya selalu mahu menjadi nombor satu. Ini mungkin permulaan untuk saya,” tambah Moreno yang membawa pasukan Sepanyol dalam kelayakan Euro 2020 dengan ketiadaan Enrique. Dia tiba di kelab tersebut semasa kelab tersebut berada pada tangga ketujuh dalam Ligue 1 dan ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu liga PSG.
Jardim, yang memimpin Monaco sehingga menjadi liga pada tahun 2017, telah dipecat minggu lepas. Moreno berkata beliau telah menerima pelbagai tawaran sejak pemergiannya pada bulan November dari pasukan kebangsaan Sepanyol.
“Projek Monaco mempunyai jaminan dan syarat yang terbaik,” katanya selepas menandatangani perjanjian sehingga Jun 2022.
“Saya tahu bahawa saya mahu bekerja di peringkat tertinggi dan projek yang sesuai dengan keinginan saya. Kedatangan saya ke sini untuk mengembangkan lagi kemahiran jurulatih saya. “ – AFP