Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Morikawa bukan punca peminat bersikap biadap di Piala Ryder

    YOKOHAMA, 8 OKT – Collin Morikawa mengakui hari ini, terdapat peminat Amerika Syarikat (AS) yang bising dan telah melampaui batas semasa Piala Ryder tetapi beliau menyatakan tidak bersalah meskipun pernah mengatakan insiden itu sebagai ‘penuh kekacauan’.

    Juara dua kali kejohanan utama itu turut berkata, semasa malam sebelum kejohanan bulan lalu, beliau berharap peminat akan meningkatkan semangat dan sokongan di Bethpage Black, New York.

    Di samping itu, Eropah telah meraih kemenangan selepas tiga hari persaingan sengit yang turut menyaksikan peminat AS mengejek pemain Eropah tanpa henti dan pada satu ketika melemparkan minuman keras ke arah isteri Rory McIlroy, Erica.

    Morikawa memberitahu wartawan di Jepun, tempat beliau beraksi dalam kejohanan Baycurrent Classic minggu ini di Jelajah PGA AS, kenyataannya telah ‘disalah tafsir daripada konteks asal’.

    “Piala Ryder sepatutnya penuh dengan tenaga dan saya rasa apabila saya menggunakan perkataan ‘huru-hara’, saya tidak bermaksud mereka untuk dapat bersikap biadap,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

    Collin Morikawa akui sikap peminat AS yang melampaui batas semasa Piala Ryder. – AFP

    Tambahnya, “Itu bukan salah saya, saya percaya, untuk diambil kredit kerana orang bersikap biadap.”

    Morikawa berkata, beliau sekadar ‘mahukan sokongan’ daripada peminat AS.

    “Saya mahu orang berasa bangga dengan negara yang mereka sokong,” katanya.

    “Saya tidak fikir hanya dengan saya berkata satu perkataan dan semua orang akan ikut, saya rasa saya tidak mempunyai kuasa untuk itu,” tambahnya.

    McIlroy, yang menjadi sasaran utama akibat insiden itu, menggambarkan perilaku peminat AS di Bethpage Black sebagai “tidak boleh diterima”.

    Pemain dari Ireland Utara itu turut berulang kali bertikam lidah dengan penonton semasa permainan pada Sabtu, sehingga terpaksa memarahi penonton ketika menyuruh mereka untuk ‘diam’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda