Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Morikawa: Kegemilangan golf lebih penting

    LONDON, 27 APRIL – Juara Terbuka Britain, Collin Morikawa menegaskan bahawa dia akan sentiasa mengutamakan kegemilangan golf berbanding keuntungan kewangan di tengah-tengah kontroversi mengenai beberapa siri kejohanan baharu yang disokong Saudi, kelmarin.

    Ejen Phil Mickelson mendedahkan pada Isnin bahawa pemenang utama enam kali tersebut telah meminta pelepasan daripada Jelajah PGA untuk beraksi dalam acara Siri Jemputan Golf LIV yang pertama pada Jun nanti.

    Acara berkenaan dilaporkan telah menjemput 15 daripada 100 pemain terbaik dunia untuk meminta pelepasan mereka dari PGA dan DP World Tours agar bermain di Kelab Centurion dari 9 hingga 11 Jun nanti.

    Sementara itu, pada persidangan berkenaan untuk mempromosi pertahanan kejuaraan Terbuka Britain di St Andrews pada akhir tahun ini, Morikawa menjelaskan bahawa dia tidak akan menyertai perlawanan hanya untuk mengejar keuntungan.

    “Tidak. Saya telah berkata di Riviera pada awal tahun ini (Februari lalu) bahawa penglibatan saya adalah dengan Jelajah PGA,” katanya.

    Gambar fail menunjukkan reaksi Morikawa selepas melakukan pukulan tee pada lubang ke-11 dalam pusingan kedua di TPC Louisiana. 22 April 2022. – AFP

    “Adakah saya masih akan melihat apa yang sedang berlaku? Ya. Awda ingin tahu apa yang sedang berlaku tetapi adakah saya peduli siapa yang akan bermain atau siapa yang akan memperoleh wang? Tidak, tidak sama sekali,” tambahnya.

    “Pada akhirnya saya berada di sini untuk memenangi kejuaraan utama. Saya di sini untuk memenangi kejohanan Jelajah PGA. Semoga dapat kembali dan mempertahankan kempen saya untuk memenangi gelaran kejuaraan Dubai.

    “Terdapat banyak perkara lain yang berada dalam fikiran saya dan banyak matlamat yang saya tetapkan pada awal tahun yang saya amat nantikan,” kata Morikawa.

    Pemain nombor tiga dunia tersebut percaya bahawa dia tidak berseorangan dalam mengutamakan kemenangan dalam perlawanan berbanding keuntungan.

    Tetapi pemain berusia 25 tahun itu mengakui bahawa dia tidak mengetahui dengan jelas sama ada pemain berhak mendapat bahagian yang lebih besar daripada hasil yang dijana oleh kejuaraan utama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...