Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Morning Walk’ di ibu negara

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji AI-Muhtadee, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan berangkat bagi ‘Morning Walk’ dan Majlis Santap Pagi yang berlangsung di ibu negara.

    Berangkat mengiringi DYTM Pengiran Muda Mahkota ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador at Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja lain.

    Turut hadir sama dalam ‘Morning Walk’ itu ialah Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean berserta isteri, Chew Poh Yim.

    Keberangkatan tiba DYTM Pengiran Muda Mahkota di Taman Mahkota Jubli Emas dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

    DYTM Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama TYT Teo Chee Hean.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat bagi Morning Walk di sekitar ibu negara bersama TYT Teo Chee Hean. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan bergambar ramai bersama TYT Teo Chee Hean dan isteri, Chew Poh Yim, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri Singapura di hadapan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan bergambar ramai di hadapan Istana Darussalam, Kampung Sumbiling Lama Brunei bersama TYT Teo Chee Hean serta isteri.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung menandatangani plak khas Tanda Peringatan Program Pemimpin Belia ke-5 di Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar ‘Ali Saifuddien bersama TYT Teo Chee Hean.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyertai sesi senaman pagi bersama TYT Teo Chee Hean dan Chew Poh Yim (kiri) semasa ‘Morning Walk’.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota bersama TYT Teo Chee Hean dan isteri serta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika sesi ‘Morning Walk’ menuju ke Jeti Darussalam.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung berangkat menyaksikan aktiviti yang berlangsung di Dermaga Diraja bersama TYT Teo Chee Hean.
    DYTM Pengiran Muda Mahkota bersama TYT Teo Chee Hean berkenan menyaksikan Pameran Program Pemimpin Belia ke-5 dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah para peserta program belia dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bersama TYT Teo Chee Hean.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz berkenan menyertai senaman pagi semasa ‘Morning Walk’.

    Acara dimulakan dengan sesi senaman pagi yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Selepas mengikuti sesi senaman pagi, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan TYT Teo Chee Hean menandatangani plak khas Tanda Peringatan Program Pemimpin Belia ke-5 di Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar ‘Ali Saifuddien.

    DYTM dan Timbalan Perdana Menteri Singapura seterusnya memulakan sesi ‘Morning Walk’ menuju ke Jeti Darussalam dan menyaksikan pameran yang dikendalikan oleh KKBS.

    Sejurus selepas itu, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan TYT Teo Chee Hean berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar ramai dengan para peserta Program Pemimpin Belia dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Selepas ‘Morning Walk’ sejauh kira-kira satu kilometer, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan TYT Teo Chee Hean seterusnya beredar ke The Horizons Seafood Restaurant bagi Majlis Santap Pagi.

    Selesai Majlis Santap Pagi, DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Dermaga Diraja bersama TYT Teo Chee Hean bagi menyaksikan persembahan kebudayaan dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura serta pameran lukisan kendalian KKBS.

    Sebelum mengakhiri lawatan, DYTM Pengiran Muda Mahkota dan TYT Teo Chee Hean meninjau suasana Bandarku Ceria di ibu negara.

    Turut hadir pada ‘Morning Walk’ itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Pemangku Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pemangku Menteri (Tenaga) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Seri Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah; dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Mengiringi TYT Teo Chee Hean dan isteri ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Republik Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien; Menteri Pendidikan dan Menteri Pengangkutan Kedua, TYT Dato Paduka Seri Ng Chee Meng; Menteri Pendidikan dan Menteri Pertahanan Kedua, TYT Ong Ye Kung; Menteri Kanan Negara bagi Komunikasi dan Penerangan dan Menteri Kanan Negara bagi Pendidikan, TYT Dr Janil Puthucheary; Menteri Kanan Negara bagi Perdagangan dan Industri dan Menteri Kanan Negara bagi Pembangunan Negara, TYT Dr Koh Poh Koon; Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pendidikan dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga, Prof. Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Lim Hong Huai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda