MOSCOW, 1 Ogos – Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa Ukraine menyerang Moscow menggunakan tiga dron, dua daripadanya ditembak jatuh, manakala dron ketiga berjaya disekat oleh sistem peperangan elektronik sebelum jatuh di atas bangunan pusat perniagaan Moscow, lapor Sputnik.
“Semalam, percubaan serangan pengganas oleh Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) terhadap kemudahan di bandar Moscow dan wilayah Moscow telah digagalkan. Dua UAV Ukraine telah dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara di Odintsovo dan Daerah Naro-Fominsk di wilayah Moscow. – Bernama
Ikuti berita lanjut dalam Edisi Selasa (Media Permata)