Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Moscow tutup perkhidmatan tidak penting

-

MOSCOW, 28 OKT – Rusia hari ini menutup perkhidmatan tidak penting selama 11 hari ketika Rusia bergelut dengan pertambahan kes-kes jangkitan koronavirus yang dipacu oleh kadar vaksinasi rendah.

Rusia hari ini merekodkan 1,159 kematian akibat COVID-19 dalam sehari tunggal dengan jumlah rasmi juga merekodkan sebanyak 40,096 jangkitan baharu.

Pihak berkuasa mengelak daripada melaksanakan sekatan pergerakan ketat yang dikenakan di kebanyakan negara namun telah menutup semua perkhidmatan tidak penting di Moscow bermula hari ini hingga 7 November.

Kesemua kedai runcit, restoran dan tempat sukan serta hiburan ditutup sehingga termasuk sekolah serta tadika.

Hanya kedai yang menjual makanan, ubatan dan premis penting lain akan kekal dibuka dengan kafe-kafe dibuka untuk makanan bawa pulang.

Kerajaan Presiden Vladimir Putin mengharapkan vaksin mereka, Sputnik V, tetapi penduduk Rusia berdegil enggan diinokulasi.

Laman sesawang Gogov melaporkan, setakat hari ini, hanya 32 peratus penduduk Russia yang divaksin sepenuhnya.

Laluan trafik pada pagi tadi juga dilihat tidak sesibuk berbanding biasa tetapi rangkaian Metro tetap seperti biasa dengan ramai penumpang tidak memakai pelitup muka. – AFP

Dua wanita makan di Jalan Nikolskaya di tengah penularan pandemik wabak COVID-19 di Moscow pada 28 Oktober. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -