BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Mothercare dan Bebeland kini sedang mengadakan Pesta Ria Karnival yang akan berlangsung sehingga 9 November ini.
Orang ramai yang membeli-belah semasa Pesta Ria Karnival Mothercare di kesemua cawangannya akan mendapat diskaun sehingga 70 peratus.
Antara tawaran hebat yang pelanggan boleh dapatkan daripada jualan berkenaan adalah mainan-mainan Pusat Pembelajaran Awal (ELC), kereta sorong anak damit dan sebagainya, menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Sebagai kedai sehenti bagi semua barang berkaitan anak damit, Mothercare membekalkan semuanya daripada kerusi anak damit dan kereta sorong anak damit sehingga pakaian bagi kanak-kanak dan bakal-bakal ibu.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P10-2A_031117.jpg)
Sementara itu, sempena Jualan Karnival Bebeland, pelbagai aktiviti menyeronokkan diadakan yang termasuk pameran Lego, pertandingan mewarna, Lego Mixels Time Attack dan Go Kart Fun Ride yang dianjurkan bagi kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
Maskot-maskot juga ditampilkan untuk menghiburkan kanak-kanak sementara ibu bapa mereka sibuk membeli-belah bagi promosi sehingga 70 peratus yang ditawarkan di Bebeland.
Sepanjang pesta di kedua-dua kedai berkenaan yang telah bermula 20 Oktober lalu, pemegang kad kredit dan debit Baiduri layak untuk mendapat penjimatan tambahan 5 peratus, penyertaan berganda bagi cabutan bertuah dan kemasukan percuma untuk menyertai aktiviti-aktiviti menyeronokkan.