Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Motif tak jelas serangan di kawasan peranginan Laut Merah

    KAHERAH, 16 Julai – Seorang pendakwa raya tertinggi Mesir berkata bahawa motif di sebalik serangan tikaman yang membunuh dua orang pelancong Jerman di kawasan peranginan Laut Merah masih tidak jelas, agensi berita rasmi MENA melaporkan.

    Kini dalam tahanan, penyerang berusia 28 tahun di sebuah pantai bandar Hurghada, kawasan peranginan Laut Merah pada semalam membunuh dua orang wanita Jerman dan mencederakan empat yang lain, termasuk dua dari Armenia dan seorang dari Republik Czech, menurut pihak berkuasa di negara-negara ini.

    Sehingga kini, tiada penerangan khusus mengenai serangan itu adalah sah, sama ada ia adalah tindakan individu, tindakan jenayah, seorang pengganas atau yang lainnya,” menurut Pendakwa Bahagian Keselamatan Negara Tertinggi Mesir dipetik sebagai berkata oleh MENA.

    Satu serangan tikaman serupa oleh dua orang penyerang berlaku di Hurghada dalam Januari 2016, mencederakan tiga orang pelancong. Hurghada merupakan kawasan peranginan pantai paling popular Mesir bagi pelancong Barat. – Xinhua

    Satu petikan imej dari video AFPTV menunjukkan jalan di luar sebuah hotel di mana serangan tikaman berlaku di Hurghada, kawasan peranginan Laut Merah. Dua pelancong asing wanita terbunuh dan empat lagi cedera apabila penyerang menikam mereka di kawasan peranginan pantai Semenanjung Sinai itu, menurut pegawai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda