Tuesday, March 11, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Motivasi melalui sokongan kesihatan mental, kesejahteraan doktor

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Brain drain bukan masalah yang dialami oleh Brunei Darussalam sahaja bahkan juga negara-negara lain.

    Maka dalam perkara ini, beberapa faktor yang diperlukan ialah yang pertama, kewangan di mana tahap gaji di negara ini boleh dikatakan setanding dengan negara-negara yang tertentu meskipun ada negara yang lebih tinggi. Oleh itu, satu perkara lagi yang diperlukan ialah pengemaskinian dalam aspek pengambilan.

    Dengan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang mana pengambilan doktor-doktor tempatan tidak lagi menunggu lama.

    Kebiasaannya akan menunggu setahun dua, dua tahun baru ada penetapan. Ini hanya dalam beberapa bulan sahaja daripada gaji hari ke gaji bulan akan dicepatkan dan seterusnya, setiap pakar semestinya berkeinginan untuk mengembangkan pengalaman mereka dan juga kemahiran. Maka dengan adanya latihan dalam perkhidmatan di mana pakar-pakar pun boleh mengambil contoh kemahiran yang mendalam di tempat-tempat yang tertentu.

    Perkara berkenaan antara yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-21 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 2025, yang telah memasuki hari kelapan hari ini yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai pandangan apakah insentif-insentif yang dapat diberi untuk orang-orang Brunei, yang mengikuti latihan yang lama untuk terus bekerja di Brunei dan tidak mencari perkerjaan di luar negara.

    Selain itu, Yang Berhormat Dato antaranya secara ringkas turut menyentuh Kementerian Kesihatan turut menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan dengan menyediakan sokongan kesihatan mental bagi kesejahteraan doktor dan memberi tumpuan kepada pengurusan beban kerja dengan memastikan tenaga kerja yang mencukupi bagi mengelakkan keletihan melampau.

    Yang Berhormat Dato antaranya turut menambah dalam memastikan keselamatan dan juga dalam tempat kerja sebagai contoh dengan menyediakan mesin-mesin yang terkini untuk memastikan para doktor tempatan masih berghairah untuk meningkatkan kemahiran mereka dan itulah sebahagian daripada faktor-faktor yang Kementerian Kesihatan ambil untuk memastikan pakar tempatan masih mahu bekerja di sini.

    Dengan peluang-peluang yang diberikan, diharapkan para doktor akan lebih bermotivasi untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam mengembang maju dan menambah baik perkhidmatan yang ada.

    Yang Berhormat Hajah Rosmawatty semasa mengajukan persoalan pada Persidangan MMN. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda