Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Motivasikan belia negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan belia, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Secawan Kopi Sejuta Bicara di mana belia-belia cemerlang berkongsi pengalaman, usaha dan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang kepada orang ramai terutamanya golongan belia.

    Salah seorang belia berkenaan ialah Awang Adi Salihin bin Roslan yang merupakan penerima Anugerah Belia Cemerlang sempena Hari Belia Kebangsaan 2020 dan telah mengharumkan nama negara sewaktu Temasya Sukan Asia yang lalu di Filipina.

    Beliau merupakan antara atlet pertama di bawah skuad wusyu negara dan atlet wusyu pertama yang telah berjaya merangkul pingat emas. Kejayaan beliau sewaktu di Filipina telah menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan atlet khususnya dan para belia amnya.

    Program yang berlangsung selama 45 minit itu mengongsikan latar belakang, pengalaman, kejayaan dan saranan yang menyentuh pelbagai aspek termasuk pendidikan, kerjaya dan lain-lain.

    Peserta juga menyediakan bahan yang relevan seperti powerpoint dan video mengenai dengan pencapaian mereka.

    Program yang berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom itu dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Mohd Amirul Syazmie bin Ibrahim.

    Antara yang mengikuti Program Secawan Kopi Sejuta Bicara yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda