Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MotogGP Finland dibatalkan

    PARIS, 26 MEI – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengumumkan kelmarin bahawa MotoGP Finland yang dijadualkan pada 10 Julai telah dibatalkan, memetik ketegangan geopolitik di rantau itu sebagai sebahagian daripada sebabnya.

    Perlumbaan itu sepatutnya menjadi MotoGP pertama Finland dalam tempoh 40 tahun.

    Satu keputusan yang telah menimbulkan kemarahan Rusia apabila Finland dan Sweden telah memohon untuk menyertai NATO kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Selain daripada itu, terdapat beberapa masalah dalam pengubahsuaian trek KymiRing sejauh 4.5 kilometer. Trek tersebut mempunyai 21 selekoh dan 1.1km laluan penamat terpanjang di Eropah iaitu sekitar 100 kilometer dari timur laut Helsinki dan jarak yang sama dari sempadan dengan Rusia.

    Kenyataan itu turut menambah bahawa MotoGP Finland akan ditunda pada 2023.

    Kalendar perlumbaan tahun ini juga telah dikurangkan kepada 20 pusingan, bermakna juara bertahan dan pendahulu siri Perancis, Fabio Quartararo dan pesaingnya akan berehat panjang antara MotoGP Belanda di Assen pada 26 Jun dan MotoGP Britain di Silverstone pada 7 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda