Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Motosikal elak lalu kawasan hospital

    Bulan lalu saya ditahan di Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, hospital awam.

    Kemudahan yang cantik dan nampak update sangat mengujakan saya yang berharap agar dapat memulihkan diri di sini dengan tenang. Namun sesuatu hal yang amat mendukacitakan, bangunan tambahan baharu itu yang dibina dekat jalan raya sesungguhnya tiada kalis bunyi.

    Setiap hari, pasti kedengaran bunyi kenderaan menderum laju.

    Jika waktu siang mungkin tidak mengapa, namun setiap tengah malam, saya mendengar bunyi bingit motosikal dan kereta berekzos besar melintas laju. Di manakah ketenangan dan pemulihan yang dapat dimiliki sepenuhnya oleh pesakit jika asyik terbangun dengan bunyi-bunyi bising deruman motor?

    Oleh itu saya harap pemilik motor berkuasa tinggi, supaya perlahankan motor awda ketika melintas hospital atau elak melalui kawasan hospital demi menghormati kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Diharap juga pihak yang berkenaan memantau hal ini.

    Pesakit Healing

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...