Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU AFSA, TSST Event Management beri peluang kepada RS  

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Dalam usaha berterusan untuk memperkukuh sokongan terhadap Rakan Seliaan (RS), Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) meneruskan komitmen membantu golongan RS membina kehidupan yang lebih baik dan bermakna melalui pelbagai kerjasama strategik dengan sektor swasta.

    Dalam hubungan itu, Pihak AFSA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TSSTG Event Management dalam majlis penandatanganan MoU yang berlangsung di Pejabat AFSA, Jalan Kebangsaan, kelmarin.

    Hadir pada majlis dan menyaksikan penandatanganan berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Haji Aliddin bin Haji Ahmad bagi mewakili Pemangku Pengarah Penjara.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya, ahli-ahli Jawatankuasa AFSA serta wakil-wakil daripada TSSTG Event Management.

    Pada majlis berkenaan, menandatangani bagi pihak AFSA ialah Hajah Juhana, manakala pihak TSSTG Event Management diwakili oleh Pengarah Urusan TSSTG Event Management, Awang Md Noh bin Awang Amit.

    Melalui MoU berkenaan, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan aktiviti pembangunan diri yang bersesuaian dengan kemampuan serta minat RS, bagi membantu mereka kembali berperanan secara produktif dalam masyarakat.

    Hajah Juhana (kiri) dan Awang Md Noh (kanan) menandatangani MoU berkenaan.
    Sesi bergambar ramai selepas penandatanganan MoU berkenaan.- Gambar serahan AFSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda