Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU kukuhkan kerjasama perubatan Brunei dan Thailand

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Dalam usaha untuk mengembangkan kerjasama dan pertukaran bidang perubatan, Majlis Penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dengan BNH Medical Centre Ltd. of Thailand yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan penandatanganan MoU berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan, JPMC serta BNH Medical Centre Ltd. of Thailand.

    Yang Berhormat Dato Seri Seria Dr Haji Mohammad Isham dan PYT Boosara Kanchanalai yang menghadiri majlis penandatanganan MoU, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, penandatanganan MoU bagi pihak Kementerian Kesihatan telah disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif dan disaksikan oleh Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud.

    Dr Hajah Rafidah (kiri) dan Dr Nopparat Panthongwiriyakul (kanan) menandatangani MoU dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham (tengah).
    Dr Hajah Rafidah (kiri) dan Dr Nopparat Panthongwiriyakul (kanan) bertukar-tukar dokumen MoU dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham (tengah).

    Sementara itu, bagi pihak BNH Medical Centre Ltd., MoU telah ditandatangani oleh Pengarah Hospital, Dr. Nopparat Panthongwiriyakul dan disaksikan oleh Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Thanasit Siripokhakul.

    Manakala itu, bagi pihak JPMC, MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Perubatan, Dr Meera Sahib Kabeer dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Kewangan, JPMC, Bun Pei Ling.

    Dr Meera Sahib Kabeer dan Dr Nopparat Panthongwiriyakul menandatangani MoU di antara JPMC dan BNH Medical Centre Ltd dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham.
    Dr Meera Sahib Kabeer dan Dr Nopparat Panthongwiriyakul bertukar-tukar dokumen MoU dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham.

    Pihak BNH Medical Centre Ltd telah diwakili oleh Dr Nopparat Panthongwiriyakul dan disaksikan sekali lagi oleh Thanasit Siripokhakul.

    Bidang-bidang kerjasama yang dipersetujui melalui MoU berkenaan merangkumi pertukaran doktor, jururawat dan profesional perubatan, pelaksanaan program latihan dan seminar, projek-projek penyelidikan dan perkembangan, program pendidikan serta lain-lain bidang yang bersesuaian termasuk penghantaran pesakit untuk menjalani rawatan di BNH Medical Centre Ltd.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menerima cenderamata yang diserahkan oleh Dr Nopparat Panthongwiriyakul.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan cenderamata kepada Dr Nopparat Panthongwiriyakul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda