Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU Malaysia-China baharu

    KUALA LUMPUR, 30 April – Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 25 April lepas untuk China mengimport tambahan sebanyak 1.9 juta tan metrik minyak sawit Malaysia bukanlah lanjutan MoU yang dimeterai pada 23 November 2015.

    Kementerian Industri Utama (MPI) dalam kenyataan hari ini berkata MoU yang ditandatangani Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada masa itu hanyalah berhubung kerjasama antara Malaysia dan China berkaitan kualiti dan keselamatan minyak sawit yang dieksport ke republik tersebut.

    “Kerjasama itu untuk memudah cara dagangan sawit negara ke China. Tiada sebarang bentuk komitmen atau jaminan China untuk meningkatkan pengimportan minyak sawit Malaysia.

    “Di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), kementerian diminta untuk merundingkan sejumlah tambahan import minyak sawit Malaysia oleh China dan pada masa yang sama, meneroka peluang-peluang di bawah inisiatif Forum Jalur dan Laluan (BRF), baru-baru ini,” kata kementerian itu.

    Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi catatan di laman Facebooknya berkata MoU yang dimeterai pada baru-baru itu adalah lanjutan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan Barisan Nasional semasa pemerintahannya pada 2015. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda