Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU perkukuh kerjasama dalam bidang tenaga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Penandatanganan dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerajaan Sarawak, Malaysia mengenai kerjasama tenaga telah diadakan semasa Majlis Pembukaan Rasmi Sustainable and Renewable Energy Forum ke-4 (SAREF 4.0) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis pembukaan berkenaan ialah Premier Sarawak, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

    Menandatangani bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, manakala kerajaan Sarawak, Malaysia diwakili oleh Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Haji Ibrahim bin Haji Baki.

    MoU berkenaan bertujuan memperkukuh-kan kerjasama dalam bidang tenaga dan dihasratkan berperanan sebagai kerangka yang menyeluruh dalam memperluaskan kerjasama pada masa hadapan di antara Negara Brunei Darussalam dan negeri Sarawak.

    Ia antara lain merangkumi kerjasama aktiviti-aktiviti berkaitan minyak dan gas, tenaga elektrik, peralihan tenaga serta aktiviti-aktiviti lain yang dipersetujui bersama.

    Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi dan Dato Haji Ibrahim bergambar ramai semasa pertukaran MoU pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN TENAGA DI JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda