Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoU promosi industri insulin halal dalam negara

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 MAC – Bakal Pesurujaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Mohd Aini Atan telah menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam industri insulin halal antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan BruNet Global Sdn Bhd.

    Majlis yang diadakan pada 14 Mac lalu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Jasmi dan Pengarah BruNet Global, Dr Muhammad Sukri Said.

    Penandatanganan MoU tersebut bertujuan untuk merasmikan kerjasama antara PKB dari Malaysia dan BruNet Global dari Negara Brunei Darussalam dalam pembangunan industri insulin halal di negara ini.

    Datuk Mohd Aini menyatakan sokongan penuh Suruhanjaya Tinggi Malaysia terhadap kerjasama perniagaan antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dalam industri halal, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai pendukung utama diplomasi halal di peringkat antarabangsa.

    Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa kerjasama tersebut akan memberikan manfaat besar dari segi ekonomi bagi kedua-dua buah negara dalam tahun-tahun akan datang di samping merangsang ekonomi dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

    Datuk Mohd Aini Atan menyaksikan menandatanganan MoU antara wakil PKB dan BruNet Global Sdn Bhd.
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda