Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho enggan ulas soal Real

    MANCHESTER, United Kingdom, 23 Okt – Pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho tidak mengendahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan kembali ke Real Madrid ketika dia bersedia bagi pertemuan semula bersama salah seorang pengikutnya, Cristiano Ronaldo dan Juventus dalam persaingan Liga Juara-Juara hari ini.

    Lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan memastikan bos Real, Julen Lopetegui dipinggir pemecatan hanya empat bulan selepas menerima tugasan bagi menggantikan Zinedine Zidane di Bernabeu selepas tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut.

    Masa depan Mourinho di United juga dalam keraguan bersama Red Devils yang berada di tangga ke-10 dalam Liga Perdana, ketinggalan sembilan mata dari pesaing Manchester City dan Liverpool, hanya sembilan perlawanan dalam musim baharu.

    Bagaimanapun, pengurus Portugis itu menghindarkan beberapa persoalan dari wartawan Sepanyol dan Itali sama ada aksi kembali Real menarik minatnya di Old Trafford semalam, yang menggambarkan dia telah menandatangani kontrak lanjutan pada tahun ini sehingga tahun 2020.

    “Tidak, saya gembira di sini. Saya gembira melihat kontrak saya sehingga hari terakhir kontrak tersebut dan saya mahu kekal selepas kontrak saya tamat,” kata Mourinho. “Apa yang saya fikirkan adalah Manchester United.”

    Mourinho ketika hadir pada sidang akhbar di Old Trafford di Manchester kelmarin. – AFP

    Ronaldo kembali ke Old Trafford untuk kali kedua sejak meninggalkan United untuk menyertai Madrid bagi yuran rekod dunia pada tahun 2009.

    Pemenang Ballon d’Or lima kali itu menempa namanya di Manchester, tetapi tidak menunjukkan belas kasihan dalam kunjungan terakhirnya apabila dia dan Mourinho bergabung untuk mengetepikan United dari Liga Juara-Juara pada 2013.

    Dan Mourinho sedar dengan cabaran yang dihadapinya dalam mengekalkan pertahanan yang telah bolos 16 kali dalam persaingan Liga Perdana musim ini untuk menghalang penjaring terbanyak dalam Liga

    Juara-Juara itu bagi enam musim lalu.

    “Dia adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang masa,” tambah Mourinho. “Ia semudah itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda