Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho harap penyokong Chelsea tunjuk rasa hormat

    LONDON, 30 SEPT – Jose Mourinho jangkakan dia akan terima sambutan hangat daripada penyokong Chelsea sekembalinya bekas bos Blues itu ke Stamford Bridge bersama Benfica dalam perlawanan awal pagi esok untuk perhitungan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

    Jurulatih yang terkenal dengan label istimewa atau ‘The Special One’ apabila membawa Chelsea meraih tiga kejuaraan Inggeris, tiga Piala Liga dan satu Piala FA dalam dua tempoh yang terukir dalam sejarah kelab itu untuk selama-lamanya.

    Namun peminat Chelsea melaungkan, “awda tidak istimewa lagi” kepadanya dan mengejeknya apabila dia kembali sebagai pengurus Manchester United dan kemudian Tottenham.

    Kini mengetuai Benfica selepas dipecat oleh kelab Turki Fenerbahce baru-baru ini, Mourinho memulakan sidang media pra-perlawanan di Stamford Bridge dengan mendakwa dia, “bukan blue lagi”.

    “Sememangnya saya sentiasa blue. Saya sebahagian daripada sejarah mereka dan mereka adalah sebahagian daripada saya. Saya membantu mereka menjadi Chelsea yang lebih besar dan mereka membantu saya menjadi Jose yang lebih besar,” katanya kepada pemberita.

     “Apabila saya katakan saya bukan blue, saya bercakap tentang kerja yang perlu saya lakukan esok. Saya tidak fikir peminat Chelsea akan mengejek. Sekurang-kurangnya masih ada peminat Chelsea mengganggu saya untuk tandatangan dan gambar semasa di jalanan.”

    Mourinho, memilih untuk tidak memberi tekanan kepada bos semasa Chelsea, Enzo Maresca, yang mendapat kritikan selepas kekalahan berturut-turut menentang Manchester United dan Brighton musim ini.

    Ditanya sama ada dia masih meletakkan dirinya sebagai pengurus terbaik dalam sejarah Chelsea, Mourinho berkata: “Saya adalah yang paling teristimewa sehingga seseorang memenangi empat (gelaran).

    “Chelsea memenangi sesuatu sebelum masa saya. Kemudian mereka berhenti menang, dan kemudian pasukan saya terus menang (pada masa itu).”

    Dia juga sempat mempersendakan dua trofi yang dimenangi oleh Maresca dengan berkata, “Liga Persidangan adalah pertandingan mudah. Saya melakukannya dengan Roma. Liga Juara-Juara jauh lebih sukar untuk dimenangi berbanding Piala Dunia Kelab tetapi sudah tentu Chelsea mempunyai potensi,” katanya.

    Kini sudah sedekad dia menjulang kejuaraan liga tetapi walaupun kehebatannya semakin berkurangan, dia tetap menjadi tarikan media. – AFP

    Reaksi Jose Mourinho semasa sidan media di Stamford Bridge, London kelmarin menjelang pertemuan antara Benfica dan Chelsea. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda