Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho: Hari terbaik Rooney akan tiba

    MANCHESTER, 8 Jan – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberitahu Wayne Rooney (gambar) bahawa ‘hari terbaiknya’ masih belum tiba selepas menyamai rekod jaringan Manchester United dalam kemenangan 4-0 dalam Piala FA ke atas Reading.

    Rooney, 31, telah menjaringkan golnya ke-249 untuk United bagi menyamai rekod Bobby Charlton, yang dicipta pada Mac 1973.

    Rooney kini mempunyai peluang untuk memecahkan rekod itu apabila United menerima kunjungan Hull City pada hari Rabu depan dalam separuh akhir Piala Liga dan Mourinho berkata “Saya rasakan hari terbaiknya akan tiba.”

    “Hari terbaiknya akan adalah gol seterusnya. Jika dia menjaringkan gol selepas ini, dia akan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester United.

    “Ia sesuatu yang menakjubkan kerana semua orang mengenali Sir Bobby dan betapa pentingnya bagi kelab. Jadi kerana Wayne telah menjaringkan gol sebanyak yang dilakukannya untuk United adalah menakjubkan.”

    Rooney sangat teruja untuk mencipta sejarah selepas menyamai rekod itu yang bertahan selama hampir 44 tahun, terutamanya dengan Charlton turut menyaksikan perlawanan itu di bilik para pengarah.

    “Kelab ini adalah sebahagian besar hidup saya dan saya berbangga untuk berada di atas sana,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda