Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho kena kad merah ketika Fenerbahce, United seri

    ISTANBUL, 25 OKT – Bos Fenerbahce, Jose Mourinho mendakwa bekas kelabnya, Manchester United berjaya menyelamatkan diri dari Istanbul dengan satu mata apabila dia diarah ke tempat penonton dalam perlawaan yang berkesudahan seri 1-1 Liga Europa kelmarin.

    United telah seri ketiga-tiga perlawanan Eropah mereka musim ini dan satu mata sedikit sebanyak mengurangkan tekanan ke atas Erik ten Hag.

    “Kami lebih baik daripada mereka, jadi secara keseluruhan keputusan yang baik untuk Manchester United,” Mourinho memberitahu TNT Sports.

    Satu mata menyebabkan United merosot di tangga ke-21 daripada 36 pasukan dan peluang mereka untuk menjadi lapan pasukan terbaik untuk mara seterusnya semakin pudar.

    Fenerbahce berada di tangga ke-14 dengan lima mata, dengan penamat 24 teratas cukup untuk layak ke peringkat playoff.

    Mourinho juga sebenarnya dalam tekanan dengan Fenerbahce mengekori pesaingnya, Galatasaray dengan lapan mata di puncak Liga Super Turki.

    “Jika kami bermain seperti ini dalam liga Turki, kami memusnahkan setiap pasukan,” tambah Mourinho, yang dilayangkan kad merah kerana bantahannya selepas rayuan untuk mendapatkan penalti diketepikan pada separuh masa kedua.

    “Dia (pengadil) memberitahu saya sesuatu yang luar biasa. Dia dapat melihat aksi di dalam kotak penalti dan juga gelagat saya di tepi padang.

    “Saya mengucapkan tahniah kepadanya dengan penglihatan periferalnya yang luar biasa. Semasa permainan, 100 batu sejam, dia mempunyai sebelah mata pada situasi penalti dan sebelah mata lagi di bangku simpanan memerhatikan tingkah laku saya. Itulah sebabnya dia adalah salah seorang pengadil terbaik dalam dunia,” sindir Mourinho.

    United bermain tanpa Bruno Fernandes dan pemain pertahanan Noussair Mazraoui bermula di bahagian tengah untuk menyerang membantu gol pembukaan yang mengagumkan.

    Manuel Ugarte merampas bola daripada bekas pemain tengah United, Fred untuk melancarkan serangan balas yang melibatkan Alejandro Garnacho dan Mazraoui sebelum Joshua Zirkzee mengumpan kepada Eriksen untuk merembat dari tepi pada minit ke-15, tetapi Fenerbahce berjaya Youssef En-Nesyri menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua. – AFP

    Reaksi Jose Mourinho (tengah) selepas menerima kad merah dalam perlawanan antara Fenerbahce SK dan Manchester United di Stadium Sukru Saracoglu di Istanbul kelmarin. –  AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda