NORWICH, 29 DIS – Jose Mourinho merasa kecewa selepas pasukannya, Tottenham terikat seri 2-2 dalam perlawanan bersama pasukan yang berada di bawah liga Norwich.
Kecuaian barisan pertahanan Spurs mengakibatkan Mario Vrancic menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18. Teemu Pukki hampir sahaja menyebabkan Spurs ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama namun pihak pengadilan membatalkan golnya akibat Offside.
Christian Eriksen melakukan sepakan percuma dengan sempurna memberikan Spurs peluang untuk menyamakan kedudukan, namun kecuaian pemain pertahanan Serge Aurier memberikan gol pada pihak lawan memberikan Norwich berada di hadapan pada minit ke-61.
Penalti yang dilakukan oleh Harry Kane menjadikan kedua-dua pasukan ini terikat 2-2 pada minit ke-83 dan keputusan tersebut kekal sehingga pengadil perlawanan, Kevin Friend meniup wisel penamat.
Amazon kini sedang membuat dokumentari tentang Spurs dan Mourinho percaya dokumentari tersebut memberikan satu slot bagi melihat barisan pertahanan.
“Saya fikir jika Amazon mahu membuat satu episod, mereka akan membuat satu episod mengenai kesilapan pertahanan kami dan mengakibatkan gol terhadap gawang kami,” katanya kepada Sky Sport.
“Kami mengakibatkan dua gol yang sangat teruk, yang pertama dan satu gol yang tidak dikira akibat Offside namun ia tetap dua gol yang paling buruk.” – AFP
