Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho mahu United asah ketajaman

    LEICESTER, 5 Feb – Jose Mourinho mahu bintang serangan Manchester United mengembalikan senyuman di wajahnya menjelang kunjungan pasukannya ke Leicester City tengah malam ini.

    Mourinho telah menunjukkan kekecewaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pasukannya kelihatan tumpul di bahagian serangan.

    Kemarahannya mendidih berikutan keputusan seri 0-0 dengan Hull City apabila dia meninggalkan temu bual televisyen, mengkritik pengadil dan mendakwa pihak berkuasa lebih menghukumnya berbanding rakan sejawatannya yang lain.

    United tanpa kalah dalam 14 perlawanan liga, tetapi seri dalam tujuh perlawanan, termasuk tiga perlawanan terakhir. Jumlah 33 jaringan di dalam liga adalah kurang 12 gol berbanding mana-mana enam pasukan teratas dan Zlatan Ibrahimovic merupakan satu-satunya pemain yang memberikan ancaman kepada pertahanan lawan.

    Dengan United ketinggalan empat mata di belakang kedudukan empat teratas, Mourinho tahu adalah penting pasukannya untuk lebih tajam di bahagian serangan jika mereka mahu layak ke Liga Juara-Juara.

    “Saya terpaksa bersetuju dengan anda semua bahawa kami tidak menjaringkan gol secukupnya dan beberapa pemain kami di bahagian serang perlu menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda