Mourinho: sambung EPL beri kebaikan kepada semua

LONDON, 30 APRIL – Pengurus Tottenham, Jose Mourinho percaya mengembalikan arena bola sepak, walaupun tanpa kehadiran peminat, akan meningkat moral bagi peminat yang dahagakan aksi bola sepak ketika krisis koronavirus.

Tiada sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris dilangsungkan sejak 9 Mac disebabkan oleh pandemik, yang telah meragut nyawa lebih daripada 26,000 rakyat Britain.

Ketua bola sepak Belanda telah mengumumkan musim Eredivisie telah ditamatkan sementara menteri sukan Perancis, Roxana Maracineanu hari ini menyeru agar Liga Perancis untuk menamatkan musim Ligue 1.

Kelab-kelab liga utama Inggeris akan mengadakan perjumpaan esok untuk membincangkan ‘Projek Restart’. Mereka akan membincangkan bagaimana mereka boleh menghabiskan musim ini meskipun berdepan kesukaran logistik.

“Saya rindukan bola sepak,” Mourinho memberitahu Sky Sports dari stadium Tottenham Hotpsur, yang telah diubah usai menjadi pusat ujian, perkhidmatan pesakit luar untuk hospital setempat dan hab pengagihan makanan.

Jose Mourinho percaya walaupun EPL disambung tanpa kehadiran penonton, pemain akan mempamerkan aksi sebenar kerana ia akan ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia. – AP

“Tetapi saya lebih suka mengatakan saya rindu dunia kita, yang saya rasa kita semua merasakannya. Bola sepak adalah sebahagian dari dunia saya. Tetapi kita mesti bersabar, ini adalah pertarungan yang perlu ditempuhi.”

Jika perlawanan boleh disambung semula, ia akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton untuk mengurangkan risiko penularan virus.

Mourinho, walau bagaimanapun, percaya pemain akan mempamerkan aksi sebenar kerana ia akan ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.

“Jika kita bermain baki sembilan perlawanan musim ini ia akan menjadi suatu kebaikan kepada setiap orang,” katanya. “Ia akan memberi kebaikan kepada bola sepak, untuk Liga Perdana Inggeris.”

“Jika kami bermain tanpa kehadiran penonton, saya lebih suka menganggap bola sepak tidak pernah dilangsungkan tanpa kehadiran peminat.

“Dengan kamera, ia bermakna jutaan orang akan menontonnya. Jadi jika satu hari kita berjalan di stadium yang kosong, ia tidak akan kosong, tidak sama sekali.” – AFP