Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho sedia hadapi Sevilla

    BUDAPEST, 31 MEI – Jose Mourinho kelmarin berkata bahawa ‘sejarah bukan faktor penting’ ketika dia membuat persediaan untuk pasukannya menentang pakar Liga Europa, Sevilla pada perlawanan akhir di Budapest.

    Pasukan dari Itali itu, yang gagal menduduki tempat kelima dalam Serie A, bertemu pemenang enam kali di Puskas Arena, hanya 12 bulan selepas mereka memenangi Liga Persidangan Europa sulung.

    Mourinho berkata Roma layak untuk berada dalam perlawanan di ibu negara Hungary selepas perjalanan yang sukar.

    “Ia merupakan perjalanan yang panjang, berbeza dengan lawan kami, yang tersingkir dari Liga Juara-Juara,” katanya pada sidang media pra perlawanan, kelmarin.

    Mourinho berkata dia menyedari bahawa kelab Sepanyol itu memiliki rekod yang sempurna dalam perlawanan akhir dalam pertandingan peringkat kedua Eropah, mereka telah memenangi kesemua enam perlawnan akhir yang telah mereka mainkan.

    Reaksi Jose Mourinho menghadiri sesi latihan menjelang perlawanan akhir bola sepak Liga Europa, di pusat latihan Trigoria, di Rom, 30 Mei. – AP

    Tetapi jurulatih Portugal itu memperkecilkan pencapaian itu.

    “Sejarah bukan faktornya,” katanya. “Rakan sejawat saya (jurulatih Sevilla, Jose Luis Mendilibar) berpendapat sebaliknya, saya menghormatinya.

    “Dia percaya bahawa sejarah menjadikan Sevilla pasukan pilihan, saya menghormatinya. Kami berada di final kerana kami layak berada di sana.

    “Mereka mempunyai sejarah yang kami tidak ada, mereka mempunyai pengalaman yang tidak kami banggakan. Bagi mereka bermain perlawanan akhir adalah perkara biasa namun bagi kami ia adalah acara yang luar biasa tetapi esok apabila perlawanan bermula kami akan berada di sana,” tambahnya.

    Mourinho meninggalkan Inter Milan ke Real Madrid sejurus selepas memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2010 dan dia ditanya sama ada dia boleh melakukan perkara yang sama tahun ini, berpotensi menghilangkan kegembiraan daripada acara itu.

    “Terdapat perbezaan besar dengan situasi yang saya alami semasa saya berada di Inter,” katanya, menangani spekulasi mengenai masa depannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda