Mourinho selar VAR selepas tewas di Sheffield

SHEFFIELD, 3 JULAI – Jose Mourinho mendakwa VAR adalah menjadi punca kekalahan pasukannya setelah Tottenham kalah 3-1 menentang Sheffield United dengan jaringan yang dikatakan membawa kontroversi pada perlawanan semalam.

Sheffield mendahului perlawanan menerusi serangan pertama yang dijaringkan oleh Sander Berge di Stadium Bramall Lane.

Tetapi apabila Tottenham cuba kembali menyamakan kedudukan beberapa saat kemudian menerusi jaringan Harry Kane, namun dibatalkan oleh VAR kerana bola didapati terkena tangan Lucas Moura.

Pengurus Tottenham, Mourinho mengeluh dan marah di tepi garisan padang.

Lys Mousset dan Oli McBurnie menambah lagi derita buat Mourinho ketika mereka berdua berjaya menjaringkan gol untuk Sheffield selepas itu.

Reaksi Mourinho yang tidak berpuas hati dengan penolong pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Sheffield United dan Tottenham Hotspur di Stadium Bramall Lane di Sheffield, semalam. – AP

Jaringan lewat oleh Kane tidak dapat menghiburkan Tottenham, yang kini berada dalam bahaya dan berkemungkinan besar bakal kehilangan tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Mourinho mengatakan bahawa dia takut akan masa depan bola sepak jika sistem VAR ini tidak dapat ditangani dengan baik.

“Saya hanya dapat mengatakan saya adalah profesional, saya tidak pernah mengadu kepada pengadil dengan wisel kerana sekarang ini dia bukan lagi pengadil sepenuhnya,” kata Mourinho.

“Saya fikir pengadil harus selalu menjadi orang berkuasa di atas padang dan orang-orang di pejabat hanya menyokong dan membantu sahaja.

Pengurus Sheffield, Chris Wilder menyokong Mourinho, dengan mengatakan “Saya telah mendapat keputusan yang bertentangan dengan kami.” – AFP