Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho sokong VAR

    LONDON, 14 Feb – Pengendali Manchester United, Jose Mourinho mempertahankan sistem video bantuan pengadil (VAR) kerana berpendapat ia membantu pengadil perlawanan membuat keputusan adil.

    Namun pada masa yang sama, dia berkata keberkesanannya perlu diperbaiki bagi mengekalkan kelancaran permainan.

    United akan beraksi dalam perlawanan yang akan mengguji VAR buat pertama kali di Huddersfield pada pertemuan pusingan kelima Piala FA, hujung minggu ini.

    VAR sebelum ini sudah diperkenalkan dalam saingan itu musim ini, ketika West Brom menang 3-2 di Liverpool pada pusingan keempat dan dalam Piala Liga.

    Sistem berkenaan meneliti insiden-insiden penting yang membabitkan gol, keputusan penalti, kad merah dan kes-kes tersilap pemain.

    “Apabila orang bertanya jika kami sukakannya, jika kami tidak sukakannya, jika kami bersetuju dengannya atau tidak, saya rasa secara jujurnya ia soalan yang perlu ditujukan kepada pengadil,” kata Mourinho ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap VAR.

    “Pengadil mahu memberi persembahan sebaik mungkin. Mereka tidak suka melakukan kesilapan. Dan kadang kala mereka melakukan kesilapan kerana mereka adalah manusia dan anda tidak boleh mengatasinya kecuali mempunyai sokongan teknologi.

    “Jadi jika pengadil gembira dengan sokongan teknologi, maka ya, kita gunakan VAR. Saya rasa, dari perspektif saya, saya agak sukakannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda