Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho tidak jamin masa depan Rooney

    SAINT-ÉTIENNE, 22 Feb – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho seolah-olah mengelak selepas ditanya mengenai masa depan Wayne Rooney di kelab tersebut, ketika dia mengesahkan bahawa penyerang itu masih belum cergas untuk kembali beraksi dalam pertembungan Liga Europa menentang Saint-Etienne.

    Terdapat beberapa khabar angin mengenai Rooney, yang tidak lagi menjadi bahagian penting dalam skuad United di bawah kendalian Mourinho, mungkin akhirnya memilih untuk meninggalkan kelab tersebut bagi menyertai pemain-pemain lain di Liga Super China.

    “Anda perlu bertanya kepadanya,” kata Mourinho ketika ditanya sama ada penyerang berusia 31 tahun itu mungkin akan mengikut jejak langkah bekas pemain United, Carlos Tevez dan berpindah ke sana sebelum jendela perpindahan tutup minggu depan.

    Pemain Man United, Wayne Rooney (kiri) dan Henrikh Mkhitaryan ketika menghadiri sesi latihan di Kompleks Latihan Aon, Manchester kelmarin. – AP
    Pemain Man United, Wayne Rooney (kiri) dan Henrikh Mkhitaryan ketika menghadiri sesi latihan di Kompleks Latihan Aon, Manchester kelmarin. – AP

    “Setentunya saya tidak boleh memberikan jaminan (dia akan berada di sini). Saya sendiri tidak boleh memberikan jaminan bahawa saya akan terus berada di sini minggu depan, bagaimana saya boleh memberikan jaminan bahawa seorang pemain akan terus berada di sini musim depan?”

    Namun Mourinho menegaskan bahawa dia mahu Rooney kekal, berkata: “Saya tidak akan pernah mendesak atau cuba mendesak, seorang legenda kelab ini dengan takdir yang lain.”

    Rooney kembali berlatih dengan rakan sepasukannya pagi kelmarin di Manchester, tetapi tidak termasuk dalam 20 orang pemain yang terbang ke Perancis bagi Liga Europa esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda