LONDON, 12 Okt – Jose Mourinho berkata bahawa pasukan kendaliannya, Manchester United lebih bagus berbanding tahun lepas, tidak begitu mengendahkan isu kecederaan yang dialami menjelang persiapan bagi pertembungan genting Liga Perdana menentang Liverpool.
United, kini dalam prestasi terbaik, akan berkunjung ke Anfield untuk berdepan musuh ketat mereka Sabtu ini dan mahu mengekalkan momentum kemenangan sehingga meletakkan mereka berkongsi mata dengan Manchester City puncak, hanya dibezakan dengan perbezaan gol.
Mourinho mengalami musim tidak menentu dalam musim pertamanya di Old Trafford, menamatkan di kedudukan keenam dalam liga tetapi berjaya menjuarai Liga Europa dan Piala Liga.
Tetapi dengan penandatangan Romelu Lukaku dan Nemanja Matic, yang beraksi cemerlang dalam minggu-minggu awal musim ini, membolehkan United mengekalkan saingan dengan City.
“Saya fikir kami pasukan lebih baik (berbanding sebelumnya),” kata Mourinho kepada Sky Sports.
Mourinho, sudah kehilangan pemain tengah Perancis Paul Pogba, mengetepikan masalah kehilangan pemain tengah Marouane Fellaini, yang mengalami kecederaan lutut ketika menjalani tugas antarabangsa bersama Belgium.
United juga bimbang mengenai kecergasan Lukaku, yang sudah men-jaringkan 11 gol sejak perpindahannya dari Everton, tetapi dia diturunkan dari bangku simpanan dan menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 Belgium ke atas Cyprus awal minggu ini.
Mourinho berkata dia menikmati pertembungan dengan Liverpool kendalian Jurgen Klopp, yang mana Reds bergelut kebelakangan ini dan berada di kedudukan ketujuh, malah mempunyai masalah kecederaan mereka sendiri, dengan Sadio Mane diketepikan selama enam minggu kerana kecederaan hamstring. – AFP