Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Moyes kini pikul beban Hammers

    LONDON, 8 Nov – West Ham telah melantik bekas bos Everton dan Manchester United, David Moyes (gambar) sebagai pengurus baru mereka selepas pemecatan Slaven Bilic susulan beberapa keputusan hambar yang menyebabkan kelab itu berada di zon penyingkiran Liga Perdana.

    Hammers berpisah dengan Bilic pada hari Isnin, dua hari selepas tewas 4-1 di laman sendiri kepada Liverpool meyakinkan pengerusi bersama David Sullivan dan David Gold bahawa kelab memerlukan perubahan arah bagi menghentikan kemerosotan itu.

    West Ham, berada di kedudukan ke-18 dengan hanya dua kemenangan dari 11 perlawanan, mengharapkan pengalaman di liga teratas Inggeris untuk mengeluarkan mereka dari bahaya meskipun rekod pengurusannya yang tidak begitu menarik kebelakangan ini. Moyes telah diberikan kontrak awal enam bulan dengan mesej jelas iaitu mengeluarkan kelab dari zon penyingkiran dan masa depannya akan dinilai akhir musim ini.

    “Kami memerlukan seseorang dengan pengalaman, pengetahuan Liga Perdana dan para pemain, dan kami percaya David merupakan calon yang tepat untuk menterbalikkan nasib kelab dan menterjemah kemampuan pemain di kelab itu,” kata Sullivan.

    “Dia dipandang tinggi dan dihormati dalam perlawanan, dan akan membawa idea, pengurusan dan semangat yang baru.”

    Moyes, 54, belum kembali dalam pengurusan sejak meletak jawatan di Sunderland akhir musim lepas selepas gagal menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir dari Liga Perdana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda