Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mozambique minta bantuan AS3.2b pulih dari siklon

    JOHANNESBURG, 30 Mei – Mozambique mengatakan ia memerlukan AS3.2 bilion untuk pulih daripada dua taufan siklon tropika kuat yang melanda negara selatan Afrika itu awal tahun ini dan mengakibatkan beratus-ratus maut, meningkatkan kewaspadaan mengenai kesan perubahan iklim ke atas negara-negara pesisir laut.

    Ia adalah berdasarkan penilaian kerajaan yang disokong Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah bagi satu persidangan mendapatkan derma global yang bermula esok.

    Beberapa pekerja bantuan bimbang masalah lebih buruk akan berlaku. Taufan itu memusnahkan sebahagian besar tanaman menjelang musim menuai di dalam sebuah negara yang agak mundur dan ramai penduduknya bergantung kepada bantuan makanan sehingga tahun depan.

    Lebih daripada 1.3 juta orang dikatakan memerlukan bantuan makanan kecemasan.

    Dua siklon, Idai dan Kenneth membunuh lebih 650 orang di Mozambique dan beratus-ratus lagi yang lain di Zimbabwe dan Malawi.

    Angka kematian muktamad mungkin tidak akan diketahui memandangkan kebanyakan mayat dihanyutkan air deras. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda