Wednesday, April 9, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPABD umum jadual operasi feri Brunei ke Labuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) memaklumkan jadual terkini operasi feri penumpang dan feri kenderaan bagi perjalanan dari Negara Brunei Darussalam ke Wilayah Persekutuan Labuan dan dari Labuan ke Brunei akan mengikut jadual yang ditetapkan bermula 15 November ini.

    Jadual perjalanan di antara Negara Brunei Darussalam – Wilayah Persekutuan Labuan-Brunei Darussalam menggunakan kapal Kinabalu Express yang beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad mula bertolak pada pukul 8:30 pagi dan tiba ke Brunei pada 4:35 petang.

    Sementara itu bagi perjalanan di antara Labuan – Brunei – Labuan menggunakan kapal Sri Labuan Tiga yang beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad akan tiba pada pukul 10:45 pagi dan bertolak pada pukul 1 petang.

    Manakala kapal MV Joy Star beroperasi pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat akan tiba pada pukul 11:30 pagi dan bertolak pada pukul 12:30 tengahari.

    Bagi tempahan tiket, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan syarikat pengendali feri sekurang-kurangnya sehari sebelum membuat pelayaran.

    Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi nombor talian syarikat pengendali feri tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda