Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    MPK Danau anjur aktiviti kayuhan basikal santai

    TUTONG, 6 MAC – Dalam usaha berterusan bagi mengekalkan gaya hidup sihat sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 tahun, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau telah menganjurkan aktiviti Kayuhan Basikal Santai Sung Noh Jati Li Danau di kampong berkenaan baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Antara aktiviti yang dianjurkan MPK Danau Tutong pada hari tersebut termasuklah mengadakan aktiviti menelusuri Sungai Danau, gerai jualan penduduk kampung Danau, berjalan kaki menyusur Pantai Danau, senamrobik, dan riadah berbasikal sejauh 29 kilometer yang disertai oleh ahli kumpulan berbasikal dari Daerah Tutong Santai-Santai Riders (SSR) dan Amateur Cycling Team (ACT).

    Seramai lebih 80 orang peserta menyertai aktiviti pada hari tersebut yang juga melibatkan beberapa ahli kumpulan berbasikal bagi memeriahkan lagi acara yang bermula dan berakhir di perkarangan gelanggang sukan Kampung Danau Tutong.

    Menurut salah seorang peserta daripada kumpulan SSR, Awang Ismail bin Mohammad menjelaskan bahawa dengan diadakan acara seumpama itu, ia bukan sahaja untuk melengkapan penyertaan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penggemar aktiviti berbasikal, belia-belia, kanak-kanak dan seluruh masyarakat di negara ini untuk mengikuti apa jua aktiviti sihat yang diadakan bersama keluarga pada hujung minggu.

    Sesi bergambar SSR dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin haji Basri. – Gambar serahan SSR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...