Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPK JB) dengan kerjasama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Strategik di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz yang seterusnya menyampaikan makanan (tapau) secara pandu lalu kepada anak-anak yatim, keluarga yang kurang berkemampuan dan penduduk kampung yang hadir.
Acara tahunan itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Bilal Tingkat 1, Haji Hairol bin Haji Sani dan diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang turut disertai lebih 50 orang ahli.
