Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

MPK JB semarak kedatangan bulan Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPK JB) dengan kerjasama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Strategik di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz yang seterusnya menyampaikan makanan (tapau) secara pandu lalu kepada anak-anak yatim, keluarga yang kurang berkemampuan dan penduduk kampung yang hadir.

Acara tahunan itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Bilal Tingkat 1, Haji Hairol bin Haji Sani dan diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang turut disertai lebih 50 orang ahli.

Dr Rosdi menyampaikan makanan kepada penerima secara pandu lalu di perkarangan masjid berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -