Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Sempena Awal Tahun Hijrah 1446, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPK JB) bersama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) kelmarin mengadakan suatu projek amal hijrah.
Projek amal berkenaan kali ini memberikan sumbangan derma berupa barangan asasi kepada salah seorang penduduk asal Kampong Jerudong B yang terpilih, Awang Hassan bin Hj Ludin, 68 tahun.
Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Pemangku Ketua Kampong Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang dan turut sama hadir semasa penyerahan tersebut ahli MPK JB dan ahli WARISAN.
