Thursday, April 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Kawasan 1 RPN Meragang adakan upacara menaikkan bendera

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 1 RPN Meragang mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 tahun (HK-41) bertempat di perkarangan Masjid Az-Zakireen, Meragang, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) selaku Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Lamat.

    Kira-kira 100 orang penduduk kampung Kawasan 1 dan 2 RPN Meragang terdiri daripada ahli-ahli MPK, belia-belia dan kumpulan Muslimah telah hadir pada majlis tersebut.

    Turut hadir ialah Pemangku Penghulu Mukim Serasa, Awang Mohamad bin Haji Tamin dan ketua-ketua kampung di bawah tadahan Mukim Serasa.

    Antara tujuan upacara menaikkan bendera itu adalah sebagai tanda mentaati dan menghormati bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan memeriahkan sambutan HK-41, di samping menanamkan semangat patriotik dalam kalangan warga penduduk RPN Meragang khususnya kawasan 1 dan 2, dalam memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara Brunei Darussalam melalui peranan komuniti dan kejiranan kampung sejajar tema HK-41, Bersatu Mencapai Cita Negara.

    Penduduk kampung menaikkan bendera semasa upacara tersebut.- GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    MPK Kawasan 1 RPN Meragang semasa mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-41 tahun. Upacara tersebut sebagai tanda menghormati bendera kebangsaan selain menanamkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Penduduk kampung Kawasan 1 dan 2 RPN Meragang mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan HK-41 di Masjid Az-Zakireen, Meragang, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda