Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Kg Panchor raikan pelajar dalam aktiviti riadah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Lebih 20 pelajar dari Program Cintai Al-Quran dan ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 3 dan 1 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, kelmarin telah mengadakan riadah di Pesta Pantai Lumut.

    Riadah yang melibatkan para pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang memerlukan itu, antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar-pelajar dengan ahli-ahli MPK. 

    Mengetuai acara riadah berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung RPN Panchor, Kawasan 3 (1) Awang Mohd Hilmy bin Haji Ahmad bersama ahli-ahli jawatan kuasa tertinggi MPK dan ahli-ahli biro serta keluarga.

    Kunjungan ahli MPK berserta keluarga bersama pelajar berkenaan disambut mesra oleh Ketua Kampung, Haji Khairdon bin Haji Dahlan bersama Ahli MPK Lumut II.

    Program Cintai Al-Quran adalah sebuah program pengajian Iqra dan Al-Quran anjuran MPK kawasan 3 dan 1, yang mana program berkenaan telah berlangsung selama enam tahun bermula 2019.

    Salah satu pengisian program dan inisiatif MPK untuk program itu adalah untuk membawa pelajar-pelajar program berkenaan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan keluarga yang memerlukan untuk beriadah, selain untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar minat membaca dan mencintai Al-Quran.

    Gambar ramai para perserta progam bersama MPK RPN Kg Panchor. – GAMBAR SERAHAN MPK Kawasan 3 dan 1.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda