Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Lamunin adakan taklimat pengakap

    TUTONG, 4 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin melalui Ketua Biro Belia Lamunin telah mengadakan taklimat pengakap yang diwakili oleh Persatuan Pengakap Daerah Tutong untuk belia-belia Kampung Lamunin, baru-baru ini.

    Hadir semasa taklimat tersebut ialah Penghulu Mukim Lamunin, Awang Jaffar bin Haji Tinggal; Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Haji Mohd Sufian bin Haji Abdul Karim; Ketua Kampung Lamunin, Awang Saini bin Haji Othman; Ketua Biro Belia Lamunin, Awang Mohammad Shahrun bin Haji Sharbini, ahli-ahli MPK Lamunin; ahli-ahli persatuan Pengakap Daerah Tutong serta belia dan beliawanis Kampung Lamunin. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong (Pentadbiran) selaku Penolong Setiausaha 2 MPK Kampung Lamunin, Dayang Nuryasara binti Bayan.

    Taklimat yang diadakan diharap akan dapat menarik minat dan memberikan dorongan kepada belia-belia kampung tersebut untuk menceburkan diri dalam persatuan itu.

    Di samping itu juga, taklimat diharap akan dapat menubuhkan ahli-ahli pengakap bagi kampung tersebut agar penglibatan para belia sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam apa jua aktiviti di kampung itu pada masa akan datang. Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.

    Ahli-ahli MPK Lamunin bergambar kenangan bersama para belia di kampung berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MPK LAMUNIN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda