Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Lamunin usaha majukan ekonomi penduduk setempat

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 30 OGOS – Bagi sama-sama membantu perekonomian sekali gus mempromosi produk penduduk sekitar Mukim Lamunin khususnya dengan hasil pertanian dan juga kraf tangan kepada khalayak awam, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin dengan kerjasama belia dan beliawanis Era 70an hingga 90an telah menganjurkan Tamu Neka buat kali ke-3 di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga, Kampung Lamunin, Daerah Tutong.

    Acara yang berlangsung selama empat hari bermula 29 Ogos sehingga 1 September itu telah dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian yang berlangsung pagi tadi.

    Dalam perkongsian kepada Media Permata, Pemangku Ketua Kampung Lamunin, Awang Madeli bin Haji Nawang, antaranya menjelaskan seramai 40 orang penjual menyertai acara berkenaan. Mereka terdiri daripada penduduk dari Mukim Lamunin iaitu dari Kampung Menengah, Kampung Bukit Sulang, Kampung Panchong, Kampung Layong dan beberapa buah kampung yang berdekatan antaranya Kampung Kuala Ungar dan Merimbun, Kampung Tanjong Maya dan Kampung Kiudang.

    Beliau menambah dengan pengungkayahan acara sedemikian ia akan dapat diteruskan secara mingguan atau bulanan untuk sama-sama membantu menjana perekonomian penduduk Mukim Lamunin amnya dan bertepatan dengan tema tahun ini iaitu Ke Arah Memajukan Perekonomian Produk Kampung.

    ATAS & BAWAH : Antara penjual yang mengikuti Tamu Neka kali ke-3. – GAMBAR SERAHAN EYON UKOI & WARDI WASLI
    GAMBAR SERAHAN EYON UKOI & WARDI WASLI
    GAMBAR SERAHAN EYON UKOI & WARDI WASLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda