Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Lubok Pulau bedudun ke Kampung Sungai Bunga

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Seramai 30 orang dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lubok Pulau, kelmarin, telah menyertai Program Bedudun ke Kampung Sungai Bunga dalam usaha untuk mengenali lebih dekat kehidupan masyarakat Kampung Ayer.

    Program berlangsung di Pusat Aktiviti Pelancongan Seri Tanjung, MPK Sungai Bunga itu antara lain bermatlamat untuk memperkenalkan rombongan dengan secara dekat kehidupan masyarakat Kampung Ayer moden di pesisir pulau.

    Selain memberi peluang untuk menyaksikan tunjuk cara pemprosesan makanan tradisi dan produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) keluaran MPK Sungai Bunga serta menimba pengalaman menaiki bot, menyelusuri sungai dan menikmati pemandangan suasana kampung atas air dan pulau sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

    Gambar- gambar suasana semasa lawatan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lubok Pulau, ke MPK Sungai Bunga, kelmarin. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI BUNGA

    Semasa program berkenaan, rombongan berkenaan diberikan taklimat serta berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi pemprosesan dan pembuatan 3 jenis produk iaitu keropok udang, kuih ‘sapit’ dan ‘putumayam’.

    Majlis Perundingan Kampung Sungai Bunga secara konsisten mengendalikan perkhidmatan pelancongan berasaskan komuniti bagi menggerakkan perekonomian MPK Sungai Bunga khususnya dan penduduk kampung amnya.

    Melalui perkhidmatan itu, warga kampung mendapat manfaat menjana pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan kenderaan air, menjual hasil tuaian nelayan kepada pelancong dan menjual produk hiliran makanan laut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda