Monday, May 5, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Menunggol adakan majlis sambutan Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Bahang kemeriahan Sambutan Hari Raya masih terasa walaupun Syawal telah menutup tirainya, dan dalam sama-sama menyambut kemeriahan tersebut, Majlis Perundingan Kampung Menunggol juga tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kem kekal Masjid Kampung Menunggol, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan adalah, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Belimbing Subok, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan; Pengurus Besar Syarikat Cityneon Display & Construction Sdn Bhd, Dato Jing Jack Chai dan Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Rasli bin Taram.

    Walaupun sambutan berkenaan diraikan dalam sekala yang kecil dengan tema baju zaman 60-an, namun kemeriahan dan kegembiraan tetap sahaja dirasakan ditambah lagi dengan pelbagai hidangan yang disajikan turut menggamit kenangan silam.

    Di sambutan itu, Haji Ibrahim bin Haji Osman selaku ketua kumpulan, antara lain mengongsikan tujuan sambutan bagi menzahirkan kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim, ukhuwah dan kerjasama di kalangan penduduk kampung yang menetap di dalam dan luar kampung.

    “Selain itu, sambutan diadakan bagi sama-sama memanfaatkan masa terluang dengan kegiatan positif pada masa akan datang,” jelasnya.

    Atas & Bawah: Antara yang hadir ke majlis sambutan berkenaan.

    Dato Jing Jack Chai menyampaikan hadiah kepada salah seorang tetamu semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda