Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Menunggol terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Menunggol hari ini telah menerima sumbangan berupa 15 tan simen daripada Butra HeidelbergCement Sdn Bhd (BHC) , satu-satunya pengeluar simen di Negara Brunei Darussalam.

    Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat antara kolaborasi Kumpulan Infaq Ikhlas bersama BHC.

    Dengan adanya sumbangan simen berkenaan, ia diharap dapat membantu pihak MPK Menunggol bagi membaik pulih kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung berkenaan sebagai permulaan untuk mengembangkan aktiviti perekonomian dan pelancongan.

    Hadir bagi menyerahkan sumbangan ialah Pengurus Komersil BHC Sdn Bhd, Clement Lai kepada Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman, bagi mewakili MPK Menunggol.

    Acara juga diselajurkan dengan penyerahan sijil penghargaan kepada Pengurus Komersil BHC Sdn Bhd yang disampaikan oleh Ketua Kumpulan Infaq Ikhlas, Lt Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip.

    Kumpulan Infaq Ikhlas, daripada Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) ke-30 kelolaan Institut Perkhidmatan Awam, kini giat melaksanakan Projek Jangkauan Masyarakat bertajuk Peningkatan Aktiviti Berkaitan Ekonomi dan Pelancongan di Kampung Menunggol.

    Menerusi perlaksanaan projek itu, kumpulan berkenaan telah bekerjasama MPK Menunggol, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat penaja dalam mempromosikan tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana pendapatan penduduk di kampung tersebut yang mana berpotensi untuk diketengahkan kepada orang ramai.

    Clement Lai menyerahkan sumbangan kepada Haji Ibrahim semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Kumpulan Infaq Ikhlas
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda