Friday, May 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Mumong adakan aktiviti tanam anak pokok

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan MPK Mumong

    BELAIT, 2 JAN – Anggota dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mumong telah mengadakan aktiviti menanam anak pokok pada akhir 2022 bagi menyambut kedatangan tahun baharu 2023.

    Hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Kampung Mumong, Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin, yang menjelaskan bahawa aktiviti tersebut merupakan salah satu inisiatif MPK untuk membantu mengekalkan kehijauan di kawasan tersebut.

    Acara tersebut telah diadakan di kawasan lapang Berek Kampung Mumong berhampiran pusing keliling Seria Bypass.

    Sementara itu, MPK Mumong turut mengadakan majlis Doa Selamat penghujung tahun di kediaman ketua kampung yang bertujuan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2023.

    Semasa acara itu, anggota-anggota MPK juga berkesempatan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh MPK pada tahun ini.

    Haji Mohd Yusof bergambar ramai semasa acara menanam anak pokok pada akhir 2022 bagi menyambut kedatangan tahun baharu 2023 di kawasan lapang Berek Kampung Mumong.
    MPK Mumong turut mengadakan majlis Doa Selamat penghujung tahun di kediaman Haji Mohd Yusof.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda